Cari @ Amanz

Kita kini di bulan Jun dan tinggal beberapa sahaja lagi sebelum Samsung Galaxy Note 10 akan dilancarkan. Sebelum ini imej pengolokan telah tertiris menunjukkan rekaan kamera yang berbeza jika dibandingkan dengan Galaxy Note 9 tahun lalu. Hari ini kerangka untuk Galaxy Note 10 pula tertiris mengesahkan beberapa ura-ura yang didengari sebelum ini.

Pertama sekali rekaan kamera menegak pada bucu atas kanan dan tiada lagi bicu audio dapat dilihat. Ini pasti mengecewakan peminat peranti dengan bicu audio tetapi tidak mengejutkan kerana Galaxy Fold sendiri tidak menyertakannya. Tetapi paling menarik bagi kami ialah lubang pada bahagian atas yang mungkin untuk pemancar infra merah. Galaxy Note 4 yang dilancarkan pada tahun 2014 ialah peranti terakhir note dengan pemancar infra merah.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd