Intel Dan Qualcomm Dilaporkan Melobi Kerajaan Amerika Syarikat “Meringankan” Halangan Perdagangan Huawei

Intel Dan Qualcomm Dilaporkan Melobi Kerajaan Amerika Syarikat “Meringankan” Halangan Perdagangan Huawei

Diterbitkan pada June 17, 2019 oleh .

Intel dan Qualcomm merupakan antara pengeluar cip pemprosesan terkemuka, dan juga merupakan antara yang menjual cip mereka kepada pihak Huawei. Walaubagaimanapun, disebabkan oleh halangan perdagangan yang kerajaan Amerika Syarikat terhadap Huawei, ia dilihat turut memberikan kesan kepada kedua-dua syarikat berkenaan.

Terkini, Reuters melaporkan yang mana pengeluar cip dari Amerika Syarikat termasuk Qualcomm dan Intel sedang melobi kerajaan mereka untuk “meringankan” halangan berkenaan.

Ia dikatakan penawaran cip mereka untuk digunakan pada telefon pintar dan komputer adalah sama seperti penawaran sejumlah produk mereka kepada pengeluar lain, dan ia tidak melibatkan melibatkan kesan sekuriti seperti penawaran rangkaian 5G dan sebagainya.

Malah, halangan ini juga dilihat memberikan lebih kesan kepada syarikat Amerika Syarikat, dimana pada tahun 2018 yang lepas, Huawei telah membeli komponen berjumlah mencapai hampir $11 bilion daripada syarikat Amerika Syarikat seperti Qualcomm, Intel dan Micron.

Sebelum ini, ia turut telah dilaporkan yang mana Google turut sedang melobi untuk membolehkan mereka menawarkan kemaskini Android untuk Huawei sekaligus mengelakkan kesan negatif dari segi sekuriti.


TIPS & ULASAN