Carian
Samsung Kekal Menjadi Peneraju Utama Dalam Penghasilan Skrin Telefon Pintar Di Dunia
June 17, 2019 Arib Ismail

Samsung terkenal dengan penghasilan skrin berasaskan OLED yang mana teknologinya telah banyak digunakan pada pelbagai jenis peranti. Menurut laporan terkini, Samsung kini kekal menjadi peneraju utama dalam penghasilan skrin di dunia.

Ia dilaporkan oleh IHS Markit yang mereka berjaya mengekalkan kedudukan utama ini untuk suku pertama tahun ini. Ia berjaya dikekalkan kerana banyak pengeluar sudah mula menggunakan OLED daripada Samsung pada peranti keluaran mereka.

Perniagaan paparan daripada Samsung telah berjaya menjual paparan telefon dengan nilai $3.4 bilion pada suku pertama 2019. Dengan kejayaan ini, Samsung berjaya meraih sebanyak 40.2% pegangan pasaran dalam tempoh masa ini.

Samsung juga dilaporkan sedang mencari jalan untuk menggalas lebih banyak lagi permintaan untuk pengeluaran paparan OLED mereka. Menurut ura-ura terkini, Samsung bakal membina sebuah kilang pembuatan OLED gergasi di Korea Selatan untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran paparan ini.

Komen