Xiaomi bakal melancarkan Mi 9T secara rasminya pada 20 Jun ini, tetapi seperti kebiasaan, kini penyenaraian Xiaomi Mi 9T telah pun tertiris di Lazada, memperlihatkan ia akan berharga sekitar RM1299 di Malaysia.
Xiaomi Mi 9T hadir dengan skrin 6.39-inci AMOLED, dan dijana cip Snapdragon 730, selain dilengkapi bateri 4000mAh. Ia menggunakan gabungan kamera 48-megapixel + 13-megapixel ultra-lebar + 8-megapixel telefoto. Untuk rakaman swafoto pula, ia menggunakan kamera 20-megapixel yang tersembunyi pada bahagian kamera pop-naik.
Melalui penyenaraian yang tertiris, ia memperlihatkan harga RM1299 untuk peranti dengan storan 64GB. Seperti biasa, terdapat kemungkinan untuk harga ini berubah, dan harga jualan akhirnya mungkin sedikit berbeza. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 20 Jun ini untuk melihat harga rasmi Xiaomi Mi 9T ini.