Cari @ Amanz

Di bawah panji-panji terdapat banyak perisian yang boleh digunakan untuk menghasilkan karya seni. Biasanya Photoshop digunakan untuk suntingan lukisan, Illustrator untuk melukis dan Lightroom untuk suntingan gambar. Terkini Adobe Fresco telah diumumkan untuk peranti tablet dengan sokongan stylus. Ia sebelum ini dikenali sebagai Project Gemini.

Fresco dihasilkan khusus untuk menghasilkan karya digital yang kelihatan seperti lukisan yang dihasilkan menggunakan teknik catan. Alat Live Brush di dalam Fresco boleh menghasilkan kesan campuran catan air seakan dilakukan pada permukaan kanvas dan kertas. Sistem kecerdasan buatan Adobe Sensei digunakan bagi menghasilkan kesan catan air yang realistik. Kesan tampak catan minyak juga boleh dihasilkan menggunakan Fresco.

Pada waktu ini ujian hanya dilakukan untuk iPad dengan sokongan stylus Apple Pencil. Pihak Adobe akan membawakan sokongan Fresco kepada peranti lain yang mempunyai sokongan skrin sesentuh dan stylus pada masa hadapan. Bagi mereka yang berminat mencuba Fresco awal, Adobe membuka program percubaan awam dan permohonan boleh dilakukan menerusi pautan ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd