Cari @ Amanz

Pada tahun ini, terdapat beberapa syarikat yang telah mula berlumba memperkenalkan telefon pintar dengan sokongan rangkaian 5G mereka. Namun, hal berkenaan adalah berbeza dengan pihak Apple yang biasanya menantikan supaya sesuatu teknologi lebih matang sedikit supaya pengguna dapat menikmatinya secara menyeluruh.

Mengikut penganalisa popular Ming-Chi Kuo, Apple dijangka akan hadir dengan telefon pintar yang menyokong rangkaian 5G menjelang 2020 kelak.

Kuo menyasarkan dua iPhone akan hadir pada 2020 kelak yang menyokong rangkaian 5G – dimana satu bersaiz 5.4-inci, dan satu lagi bersaiz 6.7-inci. Kedua-duanya dijangka hadir pada 2020 kelak. Selain kedua-duanya, Apple turut dijangka memperkenalkan kemaskini untuk iPhone XR pada 2020 kelak yang hadir dengan sokongan rangkaian LTE sahaja – sekaligus memastikan ia berharga lebih rendah berbanding dengan kedua-dua telefon mercu berkenaan.

Pada masa yang sama, Kuo turut menyasarkan yang mana semua iPhone akan dilengkapi rangkaian 5G menjelang 2021 kelak. Seperti ramai sedia maklum, pelbagai negara kini dalam persiapan untuk memperkenalkan rangkaian 5G di negara masing-masing. Malaysia sendiri telah mengorak langkah ke arahnya, dan menyasarkan untuk memperkenalkan ia kepada umum dengan meluas pada 2021 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd