Perkhidmatan Penghantaran Makanan Menggunakan Dron Ditawarkan Di Cyberjaya Pada Penghujung Bulan Ini

Perkhidmatan Penghantaran Makanan Menggunakan Dron Ditawarkan Di Cyberjaya Pada Penghujung Bulan Ini

Diterbitkan pada June 18, 2019 oleh .

Cyberjaya ialah makmal ujian teknologi paling terkini tempatan seperti 5G dan sistem lampu isyarat pintar. Pelbagai syarikat teknologi juga menjadikan Cyberjaya sebagai bantar pilihan untuk operasi mereka selari dengan inisiatif Koridor Raya Multimedia lebih dua dekad lalu. Terkini Cyberjaya juga akan menjadi bandar pertama di negara yang mempunyai perkhidmatan penghantaran makanan menggunakan dron.

Perkhidmatan penghantaran makanan ini akan dikelolakan oleh Average Drone Sdn Bhd dengan kerjasama Futurise yang merupakan anak syarikat Cyberview. Kawasan sekitar dua kilometer dari markas Futurise boleh memesan tujuh jenis makanan yang terdiri daripada burger, nasi, kuih muih dan juga mi.

Tempoh penghantaran dalam dalam masa 12 minit sahaja dengan kos penghantaran RM 2.50 dikenakan. Ujian akan dilakukan selama tiga bulan bermula penghujung bulan ini. Menurut laporan Bernama, dron Express Food yang digunakan boleh membawa makanan dengan berat maksimum 800g dan turut boleh beroperasi ketika hujan. Ia adalah dari jenis yang dilengkapi enam pasang kipas elektrik. Sekiranya ujian berjaya pihak Average Drone bercadang memperkenalkan dron yang mampu membawa kargo sehingga 3 kilogram pula.


TIPS & ULASAN