Huawei Menganggarkan Pengurangan Jualan Mencecah RM 104 Bilion Kerana Sekatan Amerika

Huawei Menganggarkan Pengurangan Jualan Mencecah RM 104 Bilion Kerana Sekatan Amerika

Diterbitkan pada Jun 18, 2019 oleh .

Semalam kami melaporkan Huawei menyasarkan pengurangan jualan peranti pintar sehingga 60 juta tahun ini akibat sekatan perdagangan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat. Semalam ketika sesi A Coffee With Ren bersama CEO mereka, beliau akhirnya mendedahkan Huawei menganggarkan jualan mereka mungkin merosot sebanyak $25 bilion akibat sekatan yang sama.

Menurut Ren Zhengfei, Huawei dijangka mencatatkan jualan bernilai $100 bilion tahun ini berbanding sasaran asal $125 bilion. Tahun lalu mereka mencatatkan jualan sebanyak $107 bilion yang meletakkan mereka sebagai pengeluar peranti pintar kedua terbesar dunia di belakang Samsung.

Sekatan dilakukan ke atas Huawei kerana mereka dituduh melakukan intipan serta mencuri harta intelek. Tetapi ramai mula melihat Huawei dijadikan buah catur dalam perang perdagangan di antara China dan Amerika Syarikat. Presiden Trump sebelum ini dipetik berkata isu Huawei mungkin boleh dibincangkan dalam perjanjian perdagangan di antara negara Amerika Syarikat dan China kelak.



Paling Popular