Microsoft Dalam Perancangan Untuk Menyertakan Butang ‘Office’ Khas Pada Papan Kekunci

Microsoft Dalam Perancangan Untuk Menyertakan Butang ‘Office’ Khas Pada Papan Kekunci

Diterbitkan pada June 18, 2019 oleh .

Papan kekunci sedia menawarkan butang Windows khas buat sekian lama, yang memudahkan anda membuka menu Start dan melancarkan sejumlah tugasan. Kini, Microsoft dalam perancangan untuk membawa butang khas ‘Microsoft Office’ untuk disertakan pada papan kekunci fizikal.

Perkara ini dilaporkan oleh WalkingCat iaitu individu yang terkenal dalam membuat perkongsian terkini mengenai Microsoft. Beliau melihat perkara ini melalui laman maklum balas Microsoft, yang memperlihatkan butang Office ini telah sedia diuji oleh beberapa pengguna terpilih.

Butang ini dijangka akan menggantikan butang ‘Windows’ kedua atau butang ‘menu’ yang jarang digunakan. Apabila butang ‘Office’ ini diletakkan, ia membolehkan pengguna melancarkan perisian Microsoft Office secara pantas. Ia juga dilaporkan dapat melancarkan sejumlah tugasan, melalui kombinasi butang Office ini bersama butang aksara lain.

Namun begitu, ia tidak dipastikan sama ada ia bakal dijadikan sebagai rekaan rujukan untuk pembangunan papan kekunci sejagat. Namun kita mungkin dapat melihatnya pada peranti yang dibangunkan oleh Microsoft, seperti Microsoft Surface dan aksesori papan kekunci daripada mereka.


TIPS & ULASAN