Gabungan Axiata Dan Telenor Masih Di Peringkat Perbincangan – Gobind Singh Deo

Gabungan Axiata Dan Telenor Masih Di Peringkat Perbincangan – Gobind Singh Deo

Diterbitkan pada June 19, 2019 oleh .

Beberapa bulan lalu, Malaysia digemparkan dengan berita bahawa syarikat-syarikat induk dibelakang dua jenama telekomunikasi terbesar di Malaysia, Celcom dan Digi akan bergabung menjadi satu entiti telekomunikasi yang besar.

Kerisauan mula hadir kerana gabungan diantara Axiata dan Telenor di rantau Asia Tenggara ini dikatakan akan menyebabkan monopoli berat sebelah yang akan menyebabkan kenaikan harga yang tidak munasabah, kehilangan pekerjaan untuk para pekerja dan juga kekurangan persaingan diantara syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata bahawa beliau sedar akan kerisauan ini, dan berkata beliau dan pihak kementerian beliau sedang meneliti gabungan tersebut dengan dekat.

Walaupun begitu, beliau mengatakan bahawa gabungan tersebut masih lagi berada didalam peringkat cadangan/perbincangan, dimana kedua-dua syarikat tersebut masih sedang berbincang tentang cara-cara terbaik untuk memastikan gabungan tersebut dilakukan dengan impak yang paling minimum.

Gobind Singh Deo menjelaskan lagi bahawa Malaysia mempunyai undang-undang sedia ada mengenai gabungan-gabungan besar seperti ini, dan jika gabungan tersebut didapati melanggar mana-mana undang-undang tersebut, mereka akan mengetahui mengenainya dengan serta-merta.


TIPS & ULASAN