Android Q Beta Untuk Oppo Reno Kini Boleh Dimuat Turun

Android Q Beta Untuk Oppo Reno Kini Boleh Dimuat Turun

Diterbitkan pada June 18, 2019 oleh .

Oppo Reno adalah siri telefon pintar baru dari Oppo. Ia menggantikan siri R kerana siri R sudah pun dihentikan. Oppo Reno mempunyai ciri yang unik, yang mana kamera pop-naiknya mempunyai rekaan seakan sirip ikan jerung. Pada hari pelancaran Oppo Reno, Oppo menjanjikan yang siri Reno adalah antara yang terawal akan menerima kemaskini Android Q.

Kini, Android Q sudah boleh diuji pada Oppo Reno. Ia bukannya Color OS tetapi adalah berasaskan Android asli dan ia bertujuan untuk pembangun menguji aplikasi mereka sahaja dan bukannya untuk penggunaan biasa. Sistem operasi ini akan penuh dengan pepijat dan tidak tidak boleh digunakan seperti biasa.

Cara pemasangan yang mudah, pengguna hanya perlu muat turun fail pemasangan dan tetapkan Oppo Reno ke mod baik pulih (recovery mode) dan mulakan pemasangan. Oppo turut sediakan langkah untuk mengembalikan peranti kepada Color OS versi stabil. Bagi yang berani mencuba boleh bukan pautan di bawah ini.

Cara Untuk Kemaskini Oppo Reno Kepada Android Q


TIPS & ULASAN