Carian
ASUS ROG Phone 2 Dijangka Akan Dilancarkan Pada 23 Julai 2019
June 18, 2019 Arib Ismail

ASUS ROG Phone generasi pertama telah mula diperkenalkan pada Jun tahun lalu, dan kini nampaknya mereka akan hadir dengan model penggantinya. Menurut laporan terkini, ASUS ROG Phone 2 dijangka akan diperkenalkan pada bulan hadapan, iaitu 23 Julai 2019.

Peranti dikatakan akan hadir dengan dua variasi berbeza, yang mungkin terdapat perbezaan dari segi memori dan storan. Apa yang menarik, model permulaannya dijangka akan ditawarkan pada harga bermula 4,399 Yuan atau sekitar RM2,650.

ASUS ROG Phone 2 dilaporkan akan menyertakan skrin 120Hz, berbanding 90Hz pada model generasi pertama. Ia juga dikatakan akan hadir dengan Snapdragon 855, memori setinggi 12GB RAM, dan storan berasaskan UFS.

Ia juga bakal mengekalkan ciri-ciri unik seperti ROG PHone generasi awal, seperti rekaan dengan logo berlampu ROG, sistem penyejukan cecair, dan sokongan sejumlah aksesori permainan yang menarik.

ASUS ROG Phone 2 dijangka akan dilancarkan di Beijing, China terlebih dahulu dan bakal menyusul ke beberapa buah negara lain pada tahun ini. Seperti ASUS ROG Phone sebelum ini, ia juga dijangka akan hadir untuk pasaran tempatan, namun tiada sebarang tarikh diberikan untuk pelancarannya.

Komen