Google Calendar Mengalami Masalah Untuk Diakses

Diterbitkan pada Jun 18, 2019. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sejumlah perkhidmatan atas-talian sering memainkan peranan utama dalam kehidupan seharian pengguna. Salah satu daripadanya adalah perkhidmatan kalendar dan pengurusan temujanji harian, Google Calendar.

Apa pun, bagi anda yang aktif menggunakannya, kini perkhidmatan berkenaan dilihat mengalami sedikit gangguan, dan tidak boleh diakses untuk sementara.

Pihak Google menyatakan mereka sedang menyemak perkara ini, dan menyiasat pelbagai laporan berkenaan dengannya. Ia tidak diketahui lagi bilakah Google Calendar akan kembali beroperasi semula – berkemungkinan dalam beberapa minit atau jam lagi.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami