Carian
Imej Pengolokan Motorola One Pro Tertiris Menunjukkan Sistem Empat Kamera Utama
June 19, 2019 Effi Saharudin

Motorola mula muncul kembali ke pasaran Malaysia beberapa minggu lalu dengan Moto G7 Power. Jenama yang bertanggungjawab mencipta telefon selular ini nampaknya akan akhirnya melancarkan peranti dengan sistem empat kamera utama. Ini adalah kerana imej pengolokan Motorola One Pro telah tertiris pagi ini.

Motorola One Pro mempunyai empat kamera utama yang disusun dalam konfigurasi 2X2 berkotak seperti Mate 20 Pro. Berdasarkan imej pengolokan ini, peranti turut akan menyokong sistem imbasan cap jari terbina dalam skrin. Kamera hadapan masih hanya satu dengan rekaan takuk kecil.

Turut dapat dilihat ialah bicu audio pada bahagian bawah. Spesifikasi peranti ini masih lagi misteri. Dua peranti Motorola One yang dilancarkan sebelum ini menggunakan cip pemproses Exynos keluaran Samsung,

Komen