Intel Dikatakan Menggunakan Khidmat Samsung Untuk Meningkatkan Pengeluaran CPU 14nm

Intel Dikatakan Menggunakan Khidmat Samsung Untuk Meningkatkan Pengeluaran CPU 14nm

Diterbitkan pada June 19, 2019 oleh .

Dengan pelancaran CPU berturut-turut, Intel dikatakan kini sedang mengalami masalah dimana pengeluaran cip pemprosesan 14nm mereka tidak dapat memenuhi permintaan pasaran.

Terkini, syarikat tersebut dikatakan telah meminta khidmat Samsung untuk meningkatkan tahap pengeluaran CPU 14nm tersebut untuk memenuhi permintaan terutamanya didalam sektor komputer pengguna.

Menurut laporan daripada laman berita Sedialy dari Korea, Samsung akan membina siri cip pemprosesan Rocket Lake yang akan digunakan didalam komputer padat, yang akan tiba di pasaran global menjelang penghujung 2021.

Intel, yang biasanya hanya menggunakan kilang membina cip pemprosesan mereka sendiri nampaknya sedang berhadapan dengan masalah bahan-bahan asas yang tidak mencukupi, dan ini memperlahankan output cip pemprosesan yang sangat mendadak.

Intel juga tidak boleh meminta bantuan daripada kilang-kilang di China oleh kerana isu perdagangan Amerika-China, manakala TSMC pula mengilang CPU-CPU baru oleh AMD.

Apa yang mengeruhkan keadaan buat pihak Intel ialah Samsung hanya boleh mula mengilangkan cip-cip tersebut pada penghujung tahun 2020 kelak, jadi Intel perlu tabah menghadapi isu kekurangan CPU ini untuk sekurang-kurangnya setahun lagi.


TIPS & ULASAN