Fungsi Presenter Coach Pada PowerPoint Memberikan Saranan Sebelum Anda Melakukan Pembentangan

Fungsi Presenter Coach Pada PowerPoint Memberikan Saranan Sebelum Anda Melakukan Pembentangan

Diterbitkan pada June 19, 2019 oleh .

Ketika di kolej dahulu, saya sering dipaksa untuk melakukan pembentangan di hadapan kelas oleh rakan sekumpulan. Ia adalah sesuatu yang amat menakutkan tetapi kini saya lihat sebagai latihan yang baik untuk kerjaya. Pasti ramai yang mempunyai fobia melakukan pembentangan yang membosankan atau terlalu panjang. Bagi memudahkan proses melatih diri melakukan pembentangan, fungsi Presenter Coach diperkenalkan pada Microsoft PowerPoint.

Menerusi Persenter Coach, anda akan membaca slaid pembentangan yang telah dihasilkan menggunakan mod raptai. Menerusi mikrofon, Presenter Coach akan menganalisa pembentangan yang dilakukan. Saranan kelajuan pembentangan, penggunaan bahasa yang berulang, bahasa yang lebih inklusif dan amaran menggunakan “ahh” atau “umm” akan diberikan apabila dikesan. Ia juga boleh mengesan jika anda sekadar membaca slaid ketika membentangkan topik.

Presenter Coach akan menghasilkan laporan analisis raptai dan nota untuk memperbaikinya sebelum pembentangan dilakukan di depan orang ramai. Fungsi ini akan diberikan kepada PowerPoint ketika musim panas iaitu sekitar Julai.


TIPS & ULASAN