Gobi Partners Bersama MAVCAP & Sunway Group Melancarkan Dana Berjumlah RM41.7 Juta Untuk Pembiayaan Startup

Gobi Partners Bersama MAVCAP & Sunway Group Melancarkan Dana Berjumlah RM41.7 Juta Untuk Pembiayaan Startup

Diterbitkan pada June 19, 2019 oleh .

Baru-baru ini, Gobi Partners telah mengumumkan kerjasama mereka bersama Malaysia Venture Capital Management Berhad (MAVCAP) dan Sunway Group bagi pelancaran Malaysia SuperSeed Fund II dengan jumlah dana sebanyak US$10 juta (RM41.7 juta). Pelaksanaan dana ini dikatakan tertumpu pada pembiayaan Seed to Pre Series A Startup di Malaysia.

Peranan Sunway Group dan MAVCAP dilihat menjadiikan pembangunan ekosistem startup negara lebih kukuh. Di mana pelbagai kepakaran dan sumber industri yang akan disalurkan untuk pembangunan ekonomi digital negara. Selain itu, ia dapat memperkasakan ekosistem negara-negara membangun dalam mewujudkan ekonomi yang lebih inklusif melalui kelebihan teknologi digital.

Menerusi sokongan Sunway juga, Gobi telah berkerjasama rapat dengan pihak Alibaba dibawah program Fellowship eFounders. Program tersebut secara tidak langsung membawa sokongan dalam komuniti keushawanan tempatan pada peringkat Asia Tenggara.

Seterunsya untuk makluman anda juga, dana ini turut mengfokuskan kepada beberapa perkhidmatan digital seperti awanan, e-Dagang, FinTech, peranti berhubung, data besar dan kecerdasan buatan. Melalui inisiatif ini ia dapat memberi dorongan kepada startup tempatan untuk penambahbaikan pada ekosistem struktur perniagaan mereka.

Antara perniagaan yang telah menunjukkan pretasi terbaik dibawah pemantauan pembiayaan dana ini adalah Avana, Carsome, Jirnexu, dan ZOOM. Bagi mengetahui maklumat lanjut anda boleh layari pada pautan dibawah.

Layari: Gobi Partners


TIPS & ULASAN