Cari @ Amanz

Takuk, lubang, pop naik atau dahi? Dimanakah kedudukan terbaik kamera swafoto sesebuah peranti. Bagi pihak Oppo ia mungkin perlu diletakkan di bawah skrin mengikut prototaip yang diperlihatkan oleh mereka seminggu lalu. Menarik sekali peranti pertama dengan teknologi terbaru ini mungkin akan dilancarkan pada 26 Jun hadapan ketika MWC Shanghai.

Imej acah pelancaran produk dengan kamera di bawah skrin telah dikongsi oleh pihak Oppo pada laman media sosial mereka. Ia memaparkan lampu bulat di atas skrin. Pada video prototaip yang dikongsi sebelum ini, lampu bulat yang sama dapat dilihat. Ini menguatkan ura-ura pelancarannya pada tarikh tersebut. Tiada maklumat mengenai spesifikasi buat masa ini. Nantikan laporan kami langsung dari Shanghai pada tarikh tersebut.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd