Twitter pada hari ini telah mengumumkan fungsi ‘share precise location‘ akan dibuang pada tweet. Fungsi perletakkan lokasi ini adalah berdasarkan kedudukan semasa pengguna, yang diambil melalui angka latitud dan longitud berasaskan GPS peranti pengguna.
Most people don't tag their precise location in Tweets, so we're removing this ability to simplify your Tweeting experience. You'll still be able to tag your precise location in Tweets through our updated camera. It's helpful when sharing on-the-ground moments.
— Twitter Support (@TwitterSupport) June 18, 2019
Perkara ini dilakukan kerana pengguna jarang meletakkan lokasi yang tepat pada tweet. Sebaliknya, mereka lebih gemar meletakkan tag lokasi berdasarkan nama tempat dan bandar yang terdekat dengan mereka.
Namun begitu, fungsi perkongsian lokasi yang tepat ini masih dapat dibuat apabila pengguna mengemaskini tweet baru melalui fungsi Twitter Camera. Apabila pengguna mengambil gambar atau video melalui fungsi ini, Twitter masih membenarkan lokasi semasa pengguna dikongsi melalui tweet.
Fungsi ini dijangka akan dibuang pada secara berperingkat kepada pengguna melalui Twitter versi web dan mudah-alih. Setakat ini, fungsi perkongsian lokasi tepat ini masih dapat diakses pada aplikasi mudah-alih, namun telah dibuang pada versi web baru.