Soal-Jawab OnePlus: OnePlus 7 Pro Akan Lebih Dioptimasikan Pada Masa Hadapan

Soal-Jawab OnePlus: OnePlus 7 Pro Akan Lebih Dioptimasikan Pada Masa Hadapan

Diterbitkan pada June 19, 2019 oleh .

Menurut Counterpoint, OnePlus adalah peranti kelima paling premium di dunia. Sejak laporan ini dikeluarkan, harga peranti OnePlus mula melonjak dan menyebabkan harga jualan rasmi di Malaysia mencapai RM4,199 seunit. Walaupun ia berharga melebihi RM4K, ia masih belum sempurna dan banyak kekurangan berbanding peranti mercu lain yang sudah lama memegang takhta peranti premium.

Peranti OnePlus ini popular kerana pihak OnePlus mendengar segala keluhan pengguna dan mengambil tindakan ke atasnya. Baru-baru ini, OnePlus ada memberi peluang untuk pengguna hantarkan cadangan perubahan yang diinginkan pada OnePlus 7 Pro – semalam wakil OnePlus dari bahagian operasi Oxygen OS telah menjawabnya. Berikut adalah apa yang akan berlaku pada OnePlus 7 Pro di masa hadapan;

S: Adakah OnePlus 7 Pro akan menyokong horizon lighting yang boleh diubahsuai?
A: Kami faham yang pengguna kecewa akan ketiadaan lampu notifikasi. Kami sedang mencari jalan untuk berikan AOD dengan ketahanan bateri yang baik.

Q: Bolehkan anda sertakan sokogan folder dalam talam aplikasi?
A: Kami sedar yang ini adalah cara terpantas untuk anda mencari aplikasi. Kami sedang berusaha mencari jalannya.

Q: Adakah OnePlus akan sertakan sokongan rakaman video menggunakan lensa ultra-sudut lebar?
A: Permintaan fungi ini sudah pun diluluskan dan ia sedang dibangunkan. Kami tahu yang anda resah mengenai ketiadaan fungsi ini, kami mendengar keluhan anda.

Q: Adakah pelancar Oxygen OS akan menyokong ikon boleh suai (adaptive)?
A: Kami sedang mengusahakannya.

Q: Adakah OnePlus akan sertakan fungsi penjejak langkah?
A: Kami akan satukan fungsi ini dalam OnePlus Shelf (ia sedang dibangunkan), jadi fungsi ini tidak akan hadir dalam bentuk aplikasi sistem.

Q: Bolehkah untuk kita lihat lebih banyak aplikasi apabila senarai aplikasi terbuka diakses?
A: Permintaan fungsi ini telah diluluskan dan sedang dalam pembangunan.

Q: Kenapakah aplikasi di latar dijedakan apabila menggunakan fungsi quick reply dalam keadaan melintang?
A: Kami masih berusaha untuk berikan pengguna pengalaman penggunaan yang baik.

Q: Adakah OnePlus akan sertakan kesan bunyi ketika peranti sedang dicas?
A: Permintaan fungsi ini telah diluluskan dan sedang dalam pembangunan.

Q: Bolehkah masa dalam Zen Mode diubahsuai?
A: Ya, kami sedang mengusahakannya.

Q: Adakah boleh untuk menghalang mesej melalui sesuatu kata kunci?
A: Buat masa ini fungsi ini sedang diuji secara tertutup. Kami akan edarkan kemaskini apabila tiada masalah untuk menggunakan fungsi ini.

Q: Adakah OnePlus akan sertakan sokongan menghalang panggilan telefon melalui tetapan aplikasi telefon?
A: Fungsi ini sudah pun hadir dalam Open Beta, sila nantikan dalam versi stabil akan datang.

Q: Adakah Digital Wellbeing akan hadir ke peranti OnePlus?
A: Buat masa ini ia hadir untuk peranti OnePlus 5/5T/6/6T dalam program Open Beta.

Banyak jawapan OnePlus ini tidak meyakinkan. Namun dalam pengalaman penggunaan produk OnePlus sejak OnePlus One, OnePlus tetap akan mendengar keluhan pengguna. Jika tidak hadir dalam OnePlus 7 Pro, mungkin akan hadir dalam OnePlus 7T Pro? Contohnya motor getaran, sudah lama pengguna menginginkannya – namun hanya hadir pada OnePlus 7 Pro.

Akan tetapi, banyak juga fungsi sudah pun diuji dan hadir dalam Open Beta. Jadi, sama-sama kita nantikan sahaja fungsi-fungsi yang dijanjikan ini dalam kemaskini akan datang.


TIPS & ULASAN