Samsung Galaxy Fold Kini Bersedia Untuk Dipasarkan Semula

Samsung Galaxy Fold Kini Bersedia Untuk Dipasarkan Semula

Diterbitkan pada June 20, 2019 oleh .

Tarikh jualan asal Samsung Galaxy Fold untuk beberapa pasaran terpilih ialah April lalu. Malahan ketika pelancaran Galaxy S10 di Malaysia, terdapat petunjuk Galaxy Fold turut akan ditawarkan kepada pengguna tempatan. Sejak penjualan produk ditangguh Samsung masih belum mengeluarkan kenyataan bilakah jualan akan dimulakan semula.

Menurut laporan The Investor, Samsung Galaxy Fold kini telah bersedia untuk dipasarkan semula. Ini adalah menurut naib presiden mereka Kim Seong-cheol. Tambah beliau lagi kebanyakan masalah paparan skrin boleh lipat Galaxy Fold telah berjaya diselesaikan. Beliau percaya apabila dijual kelak, ia akan menerima perhatian dari pengguna.

Tarikh pelancaran semula masih misteri tetapi dengan Galaxy Note 10 akan dilancarkan pada 7 Ogos, besar kemungkinan ia akan berlaku pada bulan tersebut.


TIPS & ULASAN