Counterpoint – iPhone Mendominasi Hampir Separuh Pasaran Peranti Premium

Counterpoint – iPhone Mendominasi Hampir Separuh Pasaran Peranti Premium

Diterbitkan pada June 20, 2019 oleh .

Terdapat ratusan telefon pintar baharu dilancarkan setiap tahun di dalam pelbagai kelas dengan harga yang juga pelbagai. Bagi mereka yang lebih berada. peranti mercu premium menjadi pilihan kerana ia adalah dilihat sebagai simbol status. Menurut Counterpoint, iPhone masih lagi mendominasi pasaran peranti premium pada suku pertama 2019.

iPhone memegang 47% pasaran diikuti oleh Samsung (25%), Huawei (16%), OnePlus (2%) dan Google (2%). Peranti premium adalah yang dijual pada harga melebihi $400 (~RM 1700) sebuah. Apabila jualan dilihat mengikut rantau, di Asia Pasifik Samsung, Apple dan Huawei adalah tiga jenama peranti premium yang paling popular. Di China Huawei memintas Apple sebagai yang paling popular dengan Xiaomi di tempat ketiga. Jelas sekali definisi premium adalah berbeza. Apakah pula peranti premium yang paling didambakan pembaca Amanz?


TIPS & ULASAN