Realme 2 Dan Realme C1 Kini Boleh Menguji Android Pie Melalui ColorOS 6 Beta

Realme 2 Dan Realme C1 Kini Boleh Menguji Android Pie Melalui ColorOS 6 Beta

Diterbitkan pada June 20, 2019 oleh .

Realme 2 dan Realme C1 adalah peranti bajet yang sesuai digunakan sebagai peranti pendua atau peranti sandaran. Kedua-dua peranti ini dijana dengan Snapdragon 450 dan mempunyai fokus mereka yang tersendiri. Ketika dilancarkan, kedua-dua peranti menjalankan ColorOS 5 berasaskan Android Oreo.

Sejak tahun lepas lagi selepas dilancarkan, Realme telah menjanjikan yang kedua-dua peranti ini akan dikemaskini dengan Android Pie. Kini, pengguna peranti-peranti ini berpeluang mengemaskini peranti mereka kepada Android versi ke sembilan ini. Akan tetapi, Android Pie ini hanya akan hadir dalam program beta untuk pengguna mencuba ColorOS 6.

ColorOS 6 adalah sistem operasi serba baru dari Oppo yang mempunyai rekaan antaramuka lebih kemas, mesra pengguna dan ringkas. Jadi bagi mereka yang tidak sabar mencuba ColorOS 6 berasaskan Android Pie ini, boleh pergi ke pautan di bawah untuk langkah memasang.

Cara Memasang ColorOS 6 Android Pie Beta Pada Realme 2 & C1


TIPS & ULASAN