Intel Memperkenalkan Perisian Performance Maximizer – Maksimakan Kemampuan CPU Intel Coffee Lake

Intel Memperkenalkan Perisian Performance Maximizer – Maksimakan Kemampuan CPU Intel Coffee Lake

Diterbitkan pada June 20, 2019 oleh .

Jika anda salah seorang daripada bangsawan-bangsawan komputer yang menggunakan komponen-komponen terbaru, terutamanya CPU Intel generasi kesembilan Coffee Lake, syarikat pembuat CPU tersebut baru sahaja memperkenalkan sebuah perisian melewahjam terbaru yang dinamakan Intel Performance Maximizer.

Perisian ini boleh dimuat-turun dan dipasang pada komputer anda sekiranya anda menggunakan salah satu daripada CPU-CPU berikut: Intel Core i9-9900K, Intel Core i9-9900KF, Intel Core i7-9700K, Intel Core i7-9700KF, Intel Core i5-9600K ataupun Intel Core i5-9600KF.

Perisian Performance Maximizer ini akan melewahjamkan CPU anda secara automatik, dan meningkatkan prestasi cip pemprosesan tersebut tanpa pengguna perlu melakukan apa-apa.

Dalam pada itu, spesifikasi-spesifikasi lain yang diperlukan untu menggunakan perisian ini adalah seperti berikut:

  • Sistem operasi: Microsoft Windows 10 Versi 1809
  • Memori: Sekurang-kurangnya 8GB DDR4
  • Storan: Sekurang-kurangnya 16GB
  • Ciri melewahjam (Core Overclocking)perlu diaktifkan melalui BIOS
  • Semua teras perlu diaktifkan
  • Ciri HyperThreading perlu diaktifkan

Selepas proses pemasangan perisian Performance Maximizer ini lengkap, ia akan menjalankan ujian melewahjam CPU, dan kelajuan CPU baru anda akan berada pada tahap yang paling pantas tanpa perlu melakukan apa-apa.


TIPS & ULASAN