Lazada Mengumumkan Penjenamaan Baru Yang Lebih Ceria

Lazada Mengumumkan Penjenamaan Baru Yang Lebih Ceria

Diterbitkan pada June 20, 2019 oleh .

Lazada hari ini mengumumkan penjenamaan baru untuk perkhidmatan edagang mereka yang hadir dengan penggunaan logo serta muka-taip yang dikemaskini.

Logo baru hadir dengan rekaan seumpama “hati”, yang mana turut menggunakan rekaan tiga dimensi untuk huruf “L”. Lazada mengatakan ia merupakan simbolik kepada kotak yang simbolik kepada Lazada.

Lazada

Selain daripada itu, ia juga kini dilihat menawarkan rekaan lebih moden selari dengan era digital masa kini.

Selari dengan pengumuman penjenamaan baru, Lazada akan melakukan sejumlah aktiviti yang mempromosikan identiti baru mereka ini melalui pelbagai medium bermula hari ini.


TIPS & ULASAN