Carian
Samsung Membolehkan Anda Menguji Galaxy S10 Sehingga 21 Hari Sebelum Membelinya
June 20, 2019 Aman

Samsung kini dilihat hadir dengan promosi khusus dibawah kempen Samsung iChanged, yang mana membolehkan para pengguna untuk menguji Galaxy S10+ (128GB) sehingga 21 hari lamanya, sebelum membuat keputusan untuk membelinya atau tidak.

Promosi ini diadakan terhad sehingga 28 Julai 2019 kelak, dan hanya melalui kedai SESL @ The Gardens.

Samsung Galaxy S10

Melalui promosi ini, pengguna perlu melakukan deposit sebanyak RM3699 sebelum berpeluang mencuba Galaxy S10+ (128GB) selama 21 hari. Selepas tempoh 21 hari, pengguna boleh memilih untuk terus menggunakannya, atau memulangkannya kembali dalam keadaan yang baik serta mendapatkan duit deposit penuh mereka. Pihak Samsung juga turut dilihat menyediakan hadiah percuma bersempena promosi ini untuk para pengguna yang menguji dan membelinya atau sebaliknya.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak promosi baru ini melalui laman rasmi Samsung, sekaligus turut mendaftar minat untuk menguji Galaxy S10.

Komen