Bagaimana Mendapatkan HONOR View20 RM500 Lebih Murah Daripada Harga Asal

Bagaimana Mendapatkan HONOR View20 RM500 Lebih Murah Daripada Harga Asal

Diterbitkan pada June 25, 2019 oleh .

View20 adalah antara telefon pintar dibawah jenama HONOR yang telah dilancarkan pada awal tahun ini. Telefon ini juga merupakan sebuah telefon pintar mercu daripada mereka yang ditawarkan pada harga yang sangat kompetitif.

Telefon pintar ini membawakan rekaan skrin 6.4 inci IPS LCD FHD+ dengan rekaan berlubang untuk kamera swafoto, memori sehingga 8GB RAM bersama storan sehingga 256GB dan dijana dengan cip Kirin 980. Selain spesifikasinya yang cukup berkuasa, telefon pintar ini juga menawarkan sokongan fungsi kamera yang cukup mengagumkan.

1. Kamera Utama 48MP Dengan Mod AI Ultra Clarity

Untuk sokongan kamera utama, telefon pintar ini membawakan sistem dwi-kamera melalui padanan sensor 48MP Sony IMX586 bersama sensor ToF 3D untuk menghasilkan penggambaran bokeh.

Sensor 48MP Sony IMX586 ini berfungsi untuk menghasilkan gambar yang jelas dan terperinci walaupun posisi ketika penggambaran dilakukan tidak stabil atau jauh, melalui bantuan mod 48MP AI Ultra Clarity.

Mod ini dibantu oleh cip Kirin 980 bersama dwi ISP untuk menggabungkan elemen elemen yang baik daripada sesuatu frame gambar yang diambil untuk menghasilkan satu gambar beresolusi 48MP yang jelas dan cantik. Oleh itu, anda tidak perlu risau sekiranya posisi anda tidak stabil atau terlalu jauh daripada subjek yang ingin diambil. Hal ini kerana mod ini akan mengalisa kualiti pada sesuatu gambar dan seterusnya menghasilkan gambar yang tidak kabur, malah lebih tajam dan pewarnaan yang menyerlah.

Bukan itu sahaja, fungsi ini juga membolehkan anda untuk membuat penggambaran bagi kawasan atau objek yang mempunyai keperincian yang tinggi. Tanpa mengira waktu penggambaran samaada pada waktu siang atau malam, atau juga objek yang jauh, anda masih boleh melihat bahawa sokongan kamera 48MP yang dibawa oleh HONOR View20 ini masih boleh mmengekalkan gambar yang sangat terperinci.

Untuk mengaktifkan mod ini, anda hanya perlu memilih resolusi 48MP pada bahagian tetapan kamera dan seterusnya mod AI Ultra Clarity akan diaktifkan secara automatik.

2. Sistem Kamera 3D ToF Yang Mempunyai Pelbagai Fungsi

Sistem kamera 3D pada HONOR View20 merupakan antara fungsi yang hangat diperkatakan setelah telefon pintar ini dilancarkan. Apa yang mengagumkan berkenaan fungsi ini adalah ia mampu untuk mengubah bentuk tubuh subjek di dalam rakaman gambar atau video secara automatik.

Apa yang anda perlu lakukan adalah aktifkan kamera dan pilih samaada ingin membuat rakaman gambar Portrait atau video, pilih ikon senyum pada bahagian bawah kanan antaramuka serta pilih Shaping dan kemudian kamera anda akan tersedia untuk membuat pelarasan pada gambar.

Sistem ini juga membolehkan anda untuk membuat pengecaman dan mengasingkan subjek di dalam gambar daripada latar belakang gambar, sekaligus menjadikan subjek di dalam gambar menjadi lebih menonjol daripada gambar yang diambil menggunakan telefon pintar yang biasa.

Fungsi kamera 3D ini juga sangat berguna sekiranya anda seorang pemain permua. Hal ini kerana, fungsi kamera 3D ini menyokong untuk sokongan Motion Controlled Gaming, dimana ia akan membantu prestasi permainan anda menjadi lebih lancar.

Anda juga boleh sambungkan skrin telefon HONOR View20 ini pada televisyen anda untuk merasai pengalaman permainan yang lebih mendalam. Antara permua yang menyokong fungsi 3D Motion Controlled Gaming ini adalah Fancy Skiing, Fancy Darts dan banyak lagi.

Untuk mengaktifkan fungsi ini, anda hanya perlu memuat turun permua melalui Huawei App Gallery atau Google Play Store, dan sambungkan dermaga bersama kabel HDMI bagi membuat sambungan HONOR View20 pada televisyen anda untuk bermain permua.

Tetapi, wayar sambungan USB-C ke HDMI boleh digunakan sekiranya anda tidak mempunyai dermaga. Namun, pihak HONOR sangat menggalakkan pengguna untuk menggunakan dermaga daripada mereka sendiri kerana ia mampu untuk membuat sambungan berkelajuan tinggi sekaligus dapat melancarkan lagi permainan anda.

3. Sokongan Pengecaman Objek Dan Juga Aplikasi Kamera Untuk Membeli Belah

Seperti teknologi-teknologi yang terdapat pada telefon pintar terkini hari ini, HONOR View20 juga turut hadir dengan sokongan teknologi Artificial Intelligence (AI) mereka. Untuk HONOR View20, fungsi AI ini ditonjolkan pada fungsi pengecaman gambar yang membolehkan anda untuk mengetahui maklumat terperinci berkenaan sesuatu gambar, seperti kalori pada gambar makanan, harga barangan dan banyak lagi.

Melalui fungsi ini, ia sekaligus memudahkan anda untuk membuat sesuatu keputusan seperti membeli belah, kerana anda boleh melihat maklumat terperinci berkenaan sesuatu objek didalam gambar sebelum membuat pembelian.

Untuk mengaktifkan fungsi ini, anda hanya perlu sentuh pada ikon mata yang terletak pada bahagian atas kiri antaramuka kamera, dan pilih Shopping untuk melihat maklumat terperinci berkenaan objek di dalam gambar.


Jadi, sempena Ulang Tahun HONOR Yang Ke-5, HONOR memberi tawaran harga sebanyak RM500 kepada anda bersama beberapa hadiah secara percuma. Bukan itu sahaja, HONOR juga akan memberikan hadiah misteri kepada pengguna HONOR yang lahir pada bulan Jun dan juga Julai. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan HONOR View20 ini pada harga yang berbaloi sementara stok masih ada.

Layari : Laman Rasmi HONOR Untuk Maklumat Lanjut

Penafian: Advertorial Daripada HONOR Malaysia


TIPS & ULASAN