Vivo Super FlashCharge 120W Mengecas Bateri 4000 mAh Dalam Masa Hanya 13 Minit

Vivo Super FlashCharge 120W Mengecas Bateri 4000 mAh Dalam Masa Hanya 13 Minit

Diterbitkan pada June 20, 2019 oleh .

Peranti pintar hanya akan kekal berfungsi selagi bateri masih lagi mempunyai caj. Secara purata peranti pintar mempunyai masa skrin terpasang sekitar lima jam. Salah satu perkara yang amat didambakan pengguna ialah sistem pengecasan yang membuatkan mereka tidak lagi perlu menanti masa yang lama untuk mencapai tahap 100%.

Di MWC Shanghai kelak, Vivo akan memperlihatkan sistem pengecasan 120W.  Menerusi sistem ultra pantas ini, bateri sebesar 4000 mAh boleh dicas sepenuhnya dalam masa hanya 13 minit. Ia boleh mengecas ke tahap 50% dalam masa 5 minit. Ini membuatkannya lebih pantas berbanding sistem pengecasan 100W Xiaomi yang mengecas kapasiti bateri yang sama dalam masa 17 minit.


TIPS & ULASAN