Visa Berkongsi Beberapa Langkah Untuk Meningkatkan Keselamatan Pembayaran Digital

Visa Berkongsi Beberapa Langkah Untuk Meningkatkan Keselamatan Pembayaran Digital

Diterbitkan pada June 20, 2019 oleh .

Hari ini, telah berlangsungnya Sidang Keselamatan Visa Asia Pasifik 2019 di Shanghai. Bersempena program tersebut, Visa telah berkongsikan beberapa penekanan berhubung peningkatan pada rangkaian produk dan cara menangani risiko pada keselamatan data transaksi nirtunai.

Melalui sidang tersebut, pihak berkuasa dan bank pusat turut disarankan untuk melaksanakan pelbagai inisiatif digital bagi memanfaatkan segala kaedah pembayaran digital. Ia merangkumi peningkatan pada kemudahan transaksi, menggalakkan inovasi dan mengurangkan kos pada pengendalian secara tunai.

Menurut tinjauan mereka, tahun 2021 bakal memperlihatkan bilangan peranti meningkat kepada kira-kira 25 bilion. Tanpa sedar, pendekatan ini telah membantu memastikan kadar penipuan global berada pada tahap terendah dalam sejarah, walaupun jumlah pembayarannya dilihat semakin meningkat. Manakala menjelang 2025, Visa meramalkan industri akan meneruskan pola ini dengan penggunaan teknologi keselamatan pembayaran yang semakin maju.

Antara aplikasi yang diperlihatkan adalah – Visa Advanced Authorisation ialah perkhidmatan yang menggunakan analisis ramalan pembelajaran mesin dan kecerdasan buatan untuk menganalisis lebih daripada 500 ciri risiko unik. Secara purata, Visa telah menganalisis lebih daripada enam bilion data setiap hari. Apabila analisis data digunakan bersama pengesahan seperti biometrik untuk mengesahkan pemegang kad, keselamatan pembayaran akan diperkukuhkan.

Seterusnya, memandangkan jualan e-dagang di Asia Pasifik dijangka mencecah $3.5 trilion pada 2021. Visa menyarankan teknologi seperti pentokenan akan membantu memastikan tiada butiran token dihantar menerusi transaksi dalam talian. Visa Token Service menggantikan maklumat akaun sensitif, seperti nombor akaun 16 angka, dengan pengenalan digital unik yang dinamakan token. Token membolehkan pembayaran diproses tanpa mendedahkan butiran akaun sebenar yang menjadi sasaran penjenayah.

Untuk makluman anda, Sidang Keselamatan Visa Asia Pasifik 2019 adalah salah satu daripada acara keselamatan pembayaran terbesar di rantau ini. Sidang ini menghimpunkan profesional ternama dalam bidang risiko untuk berkongsi pembelajaran dan amalan terbaik tentang inovasi keselamatan pembayaran.


TIPS & ULASAN