Telekom Malaysia Akur Pada Arahan Gobind Singh Deo – Akan Mengemukakan Cadangan Untuk Menyelesaikan Isu Streamyx Dalam Masa Sebulan

Telekom Malaysia Akur Pada Arahan Gobind Singh Deo – Akan Mengemukakan Cadangan Untuk Menyelesaikan Isu Streamyx Dalam Masa Sebulan

Diterbitkan pada June 20, 2019 oleh .

Awal hari ini, kami telah melaporkan bahawa Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo telah mengarahkan pihak Telekom Malaysia untuk mengemukakan kertas cadangan untuk menyelesaikan masalah para pengguna Streamyx yang tidak dapat menaiktarafkan sambungan jalur lebar mereka kepada sambungan internet gentian optik.

Pihak Telekom Malaysia dilihat baru hadir dengan sebuah pengumuman dimana mereka mengatakan telah bertemu dengan Gobind Singh Deo, dan akan menyerahkan sebuah kertas cadangan untuk menyelesaikan masalah yang membelenggu para pengguna Streamyx untuk bertahun-tahun.

Seperti yang kami laporkan juga sebelum ini, pelanggan perkhidmatan Streamyx asal setakat tahun lepas adalah seramai 1.27 juta orang, dan daripadanya, kira-kira 266,000 orang telah beralih ke Unifi. Pelanggan lain sebelum ini turut telah dijanjikan untuk naik-taraf kepada pelan Unifi sehingga 30Mbps atau kepada Streamyx 8Mbps.

We have met with YB Minister and are fully committed to resolving this issue. We will be submitting the proposal within the month and will make an announcement in due course. Meanwhile we will continue to explore various fit-for-purpose technologies as well as optimising existing industry mechanisms in order to deliver a better broadband experience nationwide.

Akan tetapi, isu terbesar yang membelenggu pelanggan-pelanggan Unifi sudah pastinya mengenai isu harga, dimana harga langganan Streamyx, ataupun Unifi Broadband diletakkan pada harga RM110 untuk sambungan 1Mbps, apabila sambungan Unifi 100Mbps pula ditetapkan pada harga RM129 di kawasan-kawasan liputannya.

Telekom Malaysia juga mengatakan bahawa selain daripada mengemukakan kertas cadangan tersebut, mereka akan meneroka pelbagai mekanisma lain untuk memastikan para pengguna Streamyx (Unifi Broadband) boleh menikmati sambungan internet yang lebih panas dan stabil.

Apa-apa pun, sama-sama kita tunggu apakah solusi yang akan dibentangkan oleh Telekom Malaysia untuk para pelanggan Streamyx yang sekian lama dianak-tirikan.


TIPS & ULASAN