Carian
Xiaomi Mi 9T Dilancarkan Di Malaysia Secara Rasminya – Ditawarkan Bermula RM1099
June 20, 2019 Effi Saharudin

Xiaomi Mi 9T baru sahaja dilancarkan sebentar tadi. Seperti maklumat yang tertiris sebelum ini, ia ditawarkan pada harga bermula RM1099 sebuah di Malaysia. Ini menjadikannya antara peranti kelas pertengahan tinggi dengan penawaran harga yang kompetitif.

Xiaomi Mi 9T

Xiaomi Mi 9T hadir dengan skrin 6.39-inci AMOLED, dan dijana cip Snapdragon 730, memori sebesar 6GB RAM, storan sehingga 128GB, selain dilengkapi bateri 4000mAh. Ia menggunakan gabungan kamera 48-megapixel + 13-megapixel ultra-lebar + 8-megapixel telefoto. Untuk rakaman swafoto pula, ia menggunakan kamera 20-megapixel yang tersembunyi pada bahagian kamera pop-naik.

Xiaomi Mi 9T 6/64GB ditawarkan pada harga RM1199 bermula 26 Jun ini tetapi bagi mereka yang melakukan pra-tempahan ia boleh dimiliki pada harga promosi RM1099. Bagi mereka yang mahukan storan lebih besar 128GB pula, ia ditawarkan pada harga RM1399 sebuah bermula 29 Jun.

Komen