Huawei Menyasarkan Untuk Mengemaskini Sekitar 17 Peranti Ke Android Q

Huawei Menyasarkan Untuk Mengemaskini Sekitar 17 Peranti Ke Android Q

Diterbitkan pada June 20, 2019 oleh .

Huawei kini dilihat telah menerbitkan sebuah halaman khas pada laman rasmi Huawei UK, sekaligus menjawab sejumlah pertanyaan yang sering ditanya oleh pengguna. Melaluinya juga, Huawei memperlihatkan peranti mereka akan terus menerima kemaskini, termasuk kemaskini kepada Android Q yang akan datang.

Melalui laman soal-jawab yang disediakan Huawei, mereka menyatakan yang mana Huawei Mate 20 Pro telah menerima pengesahan untuk menerima Android Q, dan Huawei turut yakin yang mana siri Huawei P30 akan menerima kemaskini Android Q.

Selain daripadanya, Huawei menyatakan sekitar 17 peranti kini telah mula diuji secara teknikal untuk menerima kemaskini Android Q, dan antaranya adalah:
Huawei P30 Pro, Huawei P30
Huawei Mate 20 Pro, Huawei Mate 20
Huawei Mate 20 X, Huawei Mate 20 X (5G)
Huawei P20 Pro, Huawei P20
Huawei Mate 10 Pro, Huawei Mate 10
PORSCHE DESIGN Mate 20 RS
PORSCHE DESIGN Mate 10
Huawei P30 Lite
Huawei P Smart 2019 / P Smart+ 2019
Huawei P Smart Z
Huawei Mate 20 Lite

Disamping itu, Huawei turut menekankan pengguna masih boleh menggunakan peranti mereka seperti biasa, selain turut menikmati sokongan khidmat pelanggan dan jaminan seperti biasa.


TIPS & ULASAN