Vivo Y12 Dilancarkan – Peranti Tri Kamera Dengan Cip Helio P22

Vivo Y12 Dilancarkan – Peranti Tri Kamera Dengan Cip Helio P22

Diterbitkan pada June 21, 2019 oleh .

Jumlah peranti kelas permulaan bertambah satu angka lagi dengan pelancaran Vivo Y12 semalam. Peranti ini dilancarkan di India dan membawakan spesifikasi yang agak menarik.

Vivo Y12 dilengkapi skrin 6.35″ LCD HD+ bertakuk dengan dengan nisbah 19.3:9, dijana cip MediaTek Helio P22, memori sehingga 4GB, storan sehingga 64Gb, kamera utama 13+8+2 Megapixel, kamera swafoto 8-Megapixel dan bateri sebesar 5000 mAh. Sistem operasi Android Pie digunakan dengan pelancar Funtouch OS 9.

 

Terdapat sebuah pengimbas cap jari pada bahagian belakang, bicu audio, sokongan bluetooth 5,0 dan sokongan 4G. Peranti ini masih lagi menggunakan port pengecasan mikroUSB. Peranti dijual pada harga INR 12,490 (~RM 743) dengan pilihan warna Aqua Blue dan Burgundy Red.


TIPS & ULASAN