MDEC Melancarkan Inisiatif Untuk Membawa Wanita Kembali Ke Sektor Keselamatan Siber

MDEC Melancarkan Inisiatif Untuk Membawa Wanita Kembali Ke Sektor Keselamatan Siber

Diterbitkan pada June 21, 2019 oleh .

Baru-baru ini, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), telah mengumumkan untuk memperkasa kedudukan wanita dalam Program Pengurusan Risiko Siber pada ekosistem kerjaya. Menerusi kerjasama pelbagai pihak, perihal ini secara tidak langsung dapat mengalakkan penglibatan wanita untuk kembali memulakan kerjaya mereka dalam industri.

Pelaksanaan ini diwujudkan untuk menangani jurang bakat yang dihadapi oleh negara. Sejajar dengan Rangka Kerja Strategi Keselamatan Siber Malaysia (MCSS) yang akan dilancarkan tidak lama lagi, inisiatif ini akan menyokong salah satu daripada lima teras strategiknya yang membincangkan perkembangan dari aspek keupayaan kemahiran, kempen kesedaran dan pendidikan.

Menurut Kajian Talent Digital Frost & Sullivan, Malaysia memerlukan hampir 10,500 profesional keselamatan siber menjelang 2020. Melalui tinjaun tersebut MDEC telah mengenal pasti sumber bakat baru, termasuk membangunkan bakat industri yang sedia ada dari pelajar universiti dan program peningkatan kemahiran, menyempurnakan profesional dan wanita yang mencabar. Rentetan daripada isu ini, pihak MDEC telah mewujudkan satu platform untuk penglibatan daripada gologan wanita khususnya, untuk turut serta kembali pada ekosistem kerjaya dalam industri.

Untuk mengetahui makluman lanjut berkenaan permohonan platform yang diperkatakan, anda bolehlah melayari pada pautan dibawah.

Layari: Program Pengurusan Siber – Memperkasakan Wanita


TIPS & ULASAN