Apple Watch Dijangka Terus Menerajui Pasaran Jam Tangan Pintar Untuk Separuh Dekad Akan Datang

Apple Watch Dijangka Terus Menerajui Pasaran Jam Tangan Pintar Untuk Separuh Dekad Akan Datang

Diterbitkan pada June 21, 2019 oleh .

Apple pada saat ini menerajui pasaran jam tangan pintar dan menurut IDC, mereka dijangka akan terus mengekalkan kedudukan Apple Watch untuk 5 tahun akan datang. IDC membuat jangkaan ini berdasarkan hasil laporan suku tahunan untuk pegangan pasaran jam tangan pintar.

IDC meramalkan pasaran jam tangan pintar akan terus meningkat daripada 91.8 juta unit pada saat ini, kepada 131.6 juta unit pada tahun 2023. Apa yang menarik, jam tangan pintar Apple akan terus menguasai pasaran kerana ia masih mempunyai permintaan yang tinggi berbanding jam tangan pintar yang lain.

Apple watchOS

Pada saat ini, pesaingnya seperti jam tangan Wear OS masih tidak mampu meraih pencapaian Apple walaupun Google bekerjasama dengan sejumlah pengeluar pengeluar jam tangan. Apple dilihat lebih serius dalam pasaran ini kerana sentiasa hadir dengan model Apple Watch dan kemaskini watchOS baru pada setiap tahun.

Dengan jangkaan ini, IDC juga meramalkan bahawa Apple akan menyumbang sebanyak 25.9% kepada jualan jam tangan pintar pada tahun 2023. Permintaan jam tangan pintar terus meningkat kerana ia mempunyai fungsi penjejak kesihatan yang menyeluruh, hadir dengan sokongan pembantu maya, dan menjadi aksesori pelengkap kepada telefon pintar.


TIPS & ULASAN