Volvo Memperlihatkan Kereta Perisai Berkuasa Hibrid Yang Boleh Bergerak Menyisi Seperti Ketam

Volvo Memperlihatkan Kereta Perisai Berkuasa Hibrid Yang Boleh Bergerak Menyisi Seperti Ketam

Diterbitkan pada June 21, 2019 oleh .

Volvo adalah syarikat yang terkenal kerana memperkenalkan inovasi tali pinggang keledar dan mensasarkan tiada kematian penumpang berlaku sekiranya terlibat dalam kemalangan. Mereka kini menghasilkan kereta perisai Arquus Scarabee berkuasa hibrid untuk kegunaan ketenteraan.

Sesuai namanya yang bermakna kumbang dalam bahasa Sweden, Scarabee boleh bergerak secara menyisi seperti seekor ketam. Ini dilakukan dengan keempat-empat tayar yang boleh dikawal arah pergerakannya. Sumber kuasa utama Scarabee masih lagi sebuah enjin diesel 300 kuasa kuda dengan motor elektrik 106 kuasa kuda memberikan kuasa tambahan.

Walaupun berat kenderaan mencecah 6.6 tan, ia masih boleh bergerak pada kelajuan maksimum 120 kilometer sejam. Ia turut boleh dihantar ke medan perang menggunakan payung terjun dari belakang pesawat kargo. Ini adalah lebih pantas berbanding kereta perisai pesaing seperti Humvee. Perisai komposit yang ringan digunakan pada tubuh kenderaan bagi melindungi penumpang.

Satu lagi fungsi menarik Scarabee ialah ia boleh dipandu menggunakan alat kawalan jauh. Pelbagai sistem senjata boleh digunakan seperti mesingan 12.7mm, meriam 30mm anti kereta kebal atau pelancar roket jarak sederhana. Ia boleh digunakan untuk menarik trailer elektrik yang membawa 4 tan kargo seperti peluru dan makanan. Seperti Scarabee, trailer elektrik ini turut boleh dikawal menggunakan alat kawalan jauh.


TIPS & ULASAN