Beberapa syarikat telekomunikasi sebelum ini telah hadir dengan penawaran eSIM untuk pelanggan mereka, dan kini Digi turut melakukan perkara sama.
Digi buat masa ini hanya menawarkan sokongan eSIM untuk iPhone terbaru, sekaligus membolehkan pelanggan Digi yang menggunakan iPhone turut menikmati akses kepada sokongan dwi-SIM pada peranti mereka.
Digi mengatakan sokongan eSIM ini merangkumi pelan Digi Postpaid, Digi Prepaid dan juga Digi Broadband. Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkannya secara percuma (untuk tempoh terhad) melalui sejumlah kedai Digi Store seluruh negara.
Untuk mereka yang tidak mengenali akan eSIM, ia merupakan sokongan SIM secara digital, sekaligus membolehkan pengguna menikmati akses tambahan tanpa perlu membuat pertukaran SIM fizikal seperti kebiasaan.
- Layari : FAQ Digi eSIM