Cari @ Amanz

Storan SSD boleh dikatakan cukup popular di kalangan pengguna komputer kerana kelajuan pembacaan dan penghantaran datanya yang sangat pantas, dan dengan kemajuan teknologi sekarang, kekurangan jumlah storan semakin lama semakin berkurangan.

Terkini, SK Hynix, iaitu syarikat pembuat cip memori dan storan yang terkenal telah memperkenalkan SSD baru yang akan digunakan didalam industri perusahaan seperti pusat data yang akan menggunakannya untuk memenuhi permintaan storan yang bukan sahaja pantas, tetapi mampu menampung jumlah data yang banyak untuk industri-industri seperti kecerdasan buatan (Artificial Intelligence) dan pembelajaran mesin (Machine Learning).

SSD tersebut, yang masih belum dinamakan lagi, menggunakan cip storan 72 lapisan yang mempunyai storan sebanyak 256Gb, dan menggunakan pengawal SSD binaan SK Hynix sendiri yang memberinya kebolehan untuk membaca data selaju 3.2GB/s melallui sambungan PCIe 3.0.

SSD ini juga hadir didalam dua rekaan, iaitu M.2 yang mempunyai storan sebesar 4TB, manakala model yang menggunakan rekaan U.2 akan hadir dengan storan sebesar 8TB.

Apa yang benar-benar menarik mengenai SSD ini ialah ia akan menggunakan tenaga sebanyak 14W sahaja, dan ini adalah penting kerana salah satu tujuan utama pembinaan SSD ini ialah ia akan mengurangkan penggunaan tenaga oleh pusat-pusat data dimana ia dikatakan akan memakan 1/5 daripada jumlah output tenaga diseluruh dunia.

Walaupun SK Hynix masih belum mengumumkan bilakah SSD ini akan dijual ke syarikat-syarikat sektor enterprise, ia nampaknya sedang diperlihatkan di acara HPE yang sedang berlangsung sekarang di Las Vegas.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd