Carian
Mod Tangkapan Bulan Akan Hadir Pada Huawei Mate 20 Pro & Mate 20 X Melalui EMUI 9.1
June 21, 2019 Arib Ismail

Huawei pada sebelum ini telah memperkenalkan ‘moon mode‘ yang membolehkan peranti mengambil gambar bulan dengan jelas. Ia telah diperkenalkan pada Huawei P30 & P30 Pro, dan dijangka akan diperluaskan kepada Huawei Mate 20 Pro dan Mate 20 X.

Perkara ini dilaporkan oleh Huawei Central, yang mana fungsi ini akan ditawarkan kepada Mate 20 Pro dan Mate 20 X melalui kemaskini EMUI 9.1. Namun begitu, peranti-peranti Huawei yang lain tidak dikongsikan sama ada akan menerima mod tangkapan bulan ini.

Dengan penggunaan mod ini, pengguna boleh mengambil gambar bulan secara dekat tanpa perlu menggunakan tripod atau perkakasan tambahan. Gambar bulan ini kemudiannya akan diproses melalui kecerdasan buatan (AI) dalam menambah baik pencahayaan dan keperincian imej bulan.

Kemaskini EMUI 9.1 dijangka akan hadir seawal akhir bulan ini bagi pengguna Huawei Mate 20 Pro dan Huawei Mate 20 X. Selain mod tangkapan bulan, EMUI 9.1 akan membawa sokongan GPU Turbo 3.0 dan sistem fail F2FS untuk penawaran prestasi yang lebih pantas.

Komen