Cari @ Amanz

Jika anda pelanggan bank CIMB, pihak bank tersebut baru sahaja hadir dengan pengumuman bahawa perkhidmatan mesin perbankan mereka akan tergendala untuk beberapa jam sepanjang hujung minggu ini.

Di laman Facebook CIMB Malaysia, mereka telah mengumumkan bahawa perkhidmatan tersebut akan tergendala bermula 22 Jun 2019, dari 12.01am hingga 8.00am, dan 23 Jun 2019 dari 12.01am hingga 3.00am.

Perkhidmatan-perkhidmatan yang dikatakan akan tergendala termasuklah ATM, mesin mendeposit wang tunai dan mesin mendeposit cek.

Tiada sebab diberikan mengenai mengapa perkhidmatan ATM mereka tergendala pada waktu-waktu tersebut, tetapi mungkin kerana ia perlu dikemaskini.

Dalam pada itu, terdapat juga aduan bahawa perkhidmatan CIMBClicks kini sedang menghadapi masalah tidak dapat diakses sekarang. Buat masa ini, pihak CIMB masih belum memberi sebarang sebab mengapa ia tidak dapat digunakan secara tiba-tiba, ataupun jika ia ada kaitan dengan sistem ATM yang akan tergendala sebentar nanti.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd