Cari @ Amanz

Bersempena dengan pelancaran peranti Huawei nova 5 pada hari ini, Huawei turut mengumumkan tablet baru mereka menerusi Huawei MediaPad M6. Seperti MediaPad sebelum ini, ia turut hadir dengan dua pilihan saiz iaitu 8.4″ dan 10.8″.

Kedua-dua peranti ini didatangkan dengan paparan beresolusi 2560×1600, bersama rekaan bingkai yang lebih nipis. Pada versi 10.8″, ia mempunyai kapasiti 7,500 mAh, sementara versi 8.4″ hadir dengan bateri berkapasiti 6,100 mAh.

Untuk keupayaan penggambaran, kedua-dua tablet ini turut hadir dengan keupayaan kamera utama 13MP dan kamera hadapan 8MP. Kedua-duanya juga hadir dengan empat pembesar suara yang dioptimasikan bersama Harman Kardon.

Dari segi spesifikasi, MediaPad 8.4″ dan 10.8″ dijana dengan cip Kirin 980, memori 4GB RAM, dan pilihan storan 64GB dan 128GB. Ia juga dilihat menjalankan EMUI 9.1 berasaskan Android 9.0 Pie. Untuk pengecasannya, ia menyokong pengecasan berasaskan 18W yang mana dihubungkan melalui sambungan USB-C.

Dari segi jualan, MediaPad M6 10.8″ dijual pada harga bermula CNY 2,299 (~RM1,389) untuk model 4GB/64GB + WiFi. Sementara bagi model 8.4″, ia dijual bermula CNY 1,999 (~RM1,208) bagi model 4GB/64GB + WiFi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd