YouTube Bereksperimen Dengan Bahagian Komen Pada Video Yang Disembunyikan

YouTube Bereksperimen Dengan Bahagian Komen Pada Video Yang Disembunyikan

Diterbitkan pada June 22, 2019 oleh .

Bahagian komen sering menjadi perhatian ramai, dimana pelbagai interaksi yang berlaku melaluinya. Tetapi, terdapat juga sejumlah pengguna yang tidak bertanggungjawab, yang mana menghantar komen-komen yang mungkin menganggu perasaan orang lain.

Selari dengannya, kini YouTube dilihat sedang bereksperimen dengan paparan bahagian komen yang disembunyikan pada peranti mudah-alih. Pengguna boleh menonton video seperti biasa, dan untuk mengakses bahagian komen, pengguna akan diperlukan untuk menekan sebuah butang khas.

Seterusnya, ia akan membuka bahagian komen pada paparan tetingkap baru.

Buat masa ini, ia hanya sekadar eksperimen yang melibatkan sejumlah kecil pengguna pada platform YouTube.

Bagi anda sendiri, adakah YouTube perlu menyembunyikan komen sepenuhnya atau tidak?



TIPS & ULASAN