Lei Jun hari ini telah berkongsi beberapa kemaskini baru berkenaan strategi syarikat mereka, termasuk mengumumkan siri peranti baru yang ditujukan kepada anak muda, iaitu Xiaomi CC.
Berkongsi mengenainya, beliau turut mengatakan yang mana Xiaomi tiada sebarang perancangan untuk peranti baru dibawah siri Max dan juga Note untuk tahun ini. Perkara ini sekaligus memperlihatkan yang mana kita tidak akan melihat peranti berskrin besar daripada Xiaomi dalam masa terdekat ini.
Xiaomi dilihat akan memfokuskan kepada siri digital mereka, iaitu Xiaomi Mi 9 dan Mi 9SE, selain mana siri memfokuskan pengguna yang inginkan peranti elegan, iaitu Xiaomi MIX.
Untuk Redmi pula, mereka memfokuskan kepada penawaran peranti berkualiti pada harga sangat berpatutan, iaitu Redmi 7A, Redmi 7, Redmi Note 7, Redmi Note 7 Pro, Redmi K20 dan Redmi K20 Pro.