Harry Potter : Wizards Unite Kini Boleh Dimuat-Turun Di Android Dan iPhone

Harry Potter : Wizards Unite Kini Boleh Dimuat-Turun Di Android Dan iPhone

Diterbitkan pada June 23, 2019 oleh .

Harry Potter : Wizards Unite merupakan salah satu permainan baru yang diterbitkan oleh Niantic, dan menawarkan konsep permainan lebih kurang sama seperti Pokemon Go. Selepas diperkenalkan dibeberapa buah negara sebelum ini, kini permua berkenaan turut boleh dimuat-turun pengguna tempatan.

Harry Potter : Wizards Unite merupakan permua berasaskan realiti-terimbuh, dimana pengguna perlu bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain dalam menyelesaikan pelbagai magis diseluruh dunia.

Ia menawarkan konsep permainan seumpama Pokemon Go yang memerlukan pengguna berinteraksi dengan bergerak di dunia sebenar – tetapi dengan mengambil latar dunia magis.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun dan memainkan permua Harry Potter : Wizards Unite ini hari ini. Ia ditawarkan secara percuma, tetapi seperti biasa hadir dengan sokongan pembelian dalam aplikasi.

Muat-Turun Harry Potter : Wizards Unite di Android

Muat-Turun Harry Potter : Wizards Unite di iPhone



TIPS & ULASAN