Netflix Menguji Mod Gambar Dalam Gambar Pada Pemain Versi Web

Netflix Menguji Mod Gambar Dalam Gambar Pada Pemain Versi Web

Diterbitkan pada June 23, 2019 oleh .

Sekiranya kami bosan di pejabat, kami akan menonton beberapa siri Netflix pejabat ketika waktu rehat tengah hari. Tetapi pada waktu yang sama kami perlu melihat susur masa media sosial untuk berita teknologi terkini. Akibatnya siri yang ditonton hanya kami dengar dengan telinga kerana tab media sosial adalah lebih penting.

Endgadget melaporkan Netflix sedang menguji mod gambar dalam gambar untuk pemain video versi web. Video yang ditonton akan muncul pada tab kecil yang boleh diubah kedudukan dan saiznya oleh pengguna. Dengan mod gambar dalam gambar video Netflix masih boleh ditonton walaupun ketika melayari tab lain. Satu kekurangan mod ini ialah sari kata tidak boleh digunakan.

Ujian ini hanya diterima sebilangan kecil pengguna seperti ujian Netflix sebelum ini. Jika diaktifkan ia akan memberikan fungsi yang sama seperti yang dinikmati pengguna Android Pie sejak tahun lalu. Ia juga akan meletakkan Netflix setanding dengan YouTube yang memperkenalkan fungsi ini sejak September 2018.


TIPS & ULASAN