Nilai Bitcoin Melepasi Angka RM44,000 – Peningkatan 250% Berbanding Disember Lalu

Nilai Bitcoin Melepasi Angka RM44,000 – Peningkatan 250% Berbanding Disember Lalu

Diterbitkan pada June 23, 2019 oleh .

Masihkah anda ingat demam kriptowang pada tahun 2017. Pada tahun tersebut nilai 1 Bitcoin mencecah $19,783 tetapi selepas itu menjunam ke $3,122 pada Disember 2018. Ramai pelombong kriptowang jatuh muflis selepas nilai Bitcoin runtuh pada waktu tersebut. Tetapi hari ini nilai 1 Bitcoin kembali mencanak naik melangkaui $11,000 (~RM 44,000).

Ini adalah bersamaan peningkatan nilai sekitar 250%. Nilai kriptowang ini meningkat selepas pengumuman kriptowang Libra oleh Facebook minggu ini. Facebook menerima sokongan daripada syarikat seperti Visa, MasterCard, PayPal, Uber, Spotify dan eBay untuk menjadikan Libra sebagai mata wang digital yang digunakan pada pelbagai platform. Adakah pengukuhan nilai Bitcoin akan memulakan demam kripto terbaru? Hanya masa akan menentukan.


TIPS & ULASAN