Mubi – Satu Lagi Perkhidmatan Penstriman Video Yang Kini Boleh Diakses Di Malaysia

Mubi – Satu Lagi Perkhidmatan Penstriman Video Yang Kini Boleh Diakses Di Malaysia

Diterbitkan pada June 24, 2019 oleh .

Pada hari ini, terdapat beberapa perkhidmatan penstriman video menarik dipasaran. Menyertainya, kini perkhidmatan Mubi telah mula beroperasi dan ditawarkan untuk pelanggan tempatan.

Mubi Sinema

Mubi menawarkan sebuah filem baharu setiap hari, dan pengguna diberikan akses selama 30 hari sebelum filem berkenaan dibuang daripada perkhidmatan berkenaan. Sebanyak tiga saluran disediakan, iaitu Mubi yang memfokuskan filem-filem dari barat, Mubi Dekho yang memfokuskan filem-filem dari India, dan Mubi Sinema yang memfokuskan filem-filem dari Nusantara.

Daripada segi penawaran, ia meliputi bukan sahaja filem-filem terbaru, tetapi juga filem-filem lama yang mungkin dicari ramai pengguna.

Mubi ditawarkan pada harga langganan RM15 sebulan, atau RM5 seminggu. Pengguna juga turut boleh menonton saluran langsung Mubi secara percuma untuk melihat sendiri bentuk kandungan yang disediakan oleh mereka.

Layari : Mubi



TIPS & ULASAN