Samsung Galaxy Note 10 Mungkin Tidak Menyokong Kad Mikro SD

Samsung Galaxy Note 10 Mungkin Tidak Menyokong Kad Mikro SD

Diterbitkan pada June 24, 2019 oleh .

Peranti Samsung Galaxy Note pada hemat kami ialah peranti yang mempunyai jumlah fungsi paling banyak di dalam kerangka yang padat. Ini menjadikannya terbaik di dalam kelas phablet dengan stylus sejak dilancarkan hampir sedekad lalu. Tetapi Samsung Galaxy Note 10 kelak mungkin akan tidak lagi menyertakan beberapa fungsi yang dahulunya dianggap perlu.

Menurut laporan Sammobile, kini kedengaran ura-ura Galaxy Note 10 tidak akan menyokong storan tambahan menerusi kad mikro SD. Galaxy Note 10 Pro akan menjadi satu-satunya peranti Note baharu dengan sokongan slot ini. Sumber yang sama mengatakan kedua-dua model Galaxy Note akan mengekalkan bicu audio 3.5mm tidak seperti kerangka yang tertiris sebelum ini.

Selain itu butang kuasa serta suara akan diubah ke sisi kanan. Tiada gagang telinga disertakan sekaligus mengukuhkan ura-ura penggunaan teknologi Sound on Display sebelum ini. Akhir sekali ialah kamera swafoto terletak pada bahagian tengah skrin.

Sokongan kad mikro SD pernah dihentikan Samsung pada Galaxy S6 sehingga menerima reaksi negatif dari pengguna. Namun begitu sejak akhir-akhir ini ia dilakukan semula seperti yang dilihat pada Galaxy A80.



TIPS & ULASAN