Cari @ Amanz

Sejak sebulan kebelakangan ini, salah satu perkara yang menimbulkan kerisauan pengguna adalah berkaitan dengan sokongan Google Play pada peranti keluaran Huawei.

Bercakap mengenainya, pihak Google dan juga Huawei telah pun mengatakan yang mana Play Store akan terus beroperasi tanpa masalah pada peranti-peranti sedia ada.

Kini, selari dengannya, salah satu penjual tempatan, iaitu DirectD turut meyakinkan pelanggan mereka dengan mengatakan mereka akan menawarkan pulangan wang 100% sekiranya perkhidmatan Google Play berhenti dalam tempoh jaminan berkenaan. Langkah ini juga mungkin sekaligus meningkatkan lagi keyakinan pengguna dalam mendapatkan peranti-peranti Huawei tanpa risau. Jaminan ini tertakluk hanya untuk pembelian melalui pihak DirectD sahaja.

Mungkin dengan langkah ini, penjual peranti Huawei lain mungkin turut hadir dengan penawaran lebih kurang sama untuk pembeli-pembeli melalui mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd