Cari @ Amanz

Berikutan sebuah insiden dimana pihak tentera Iran menembak turun sebuah dron milik tentera Amerika Syarikat, kerajaan negara barat tersebut nampaknya telah membalas kembali dengan serangan siber keatas sistem pertahanan pihak Iran.

Serangan siber tersebut telah dipelan untuk beberapa minggu, selepas pihak Islamic Revolutionary Guard Corps (IRGC) Iran dikatakan telah menyerang kapal-kapal minyak di Teluk Oman, dan menyerang dron pengesan pihak Amerika Syarikat.

Menurut beberapa laporan dari AP dan New York Times mengatakan bahawa serangan siber pihak Amerika Syarikat telah melumpuhkan sistem-sistem pertahanan seperti pelancar roket dan misil yang digunakan untuk serangan-serangan keatas kapal-kapal yang dinyatakan sebelum ini.

Dalam pada itu, Christopher Krebs, yang merupakan pengarah Cybersecurity and Infrastructure Security Agency juga mengatakan bahawa kerajaan Iran juga telah menyerang kembali terhadap syarikat-syarikat dan infrastruktur kritikal Amerika Syarikat dengan pelbagai serangan digital seperti DDOS, penghantaran emel palsu (spear phising), pemaksaan penggunaan kata laluan (password spraying) dan sebagainya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd